Wednesday, March 8, 2017
ILMU KEROHANIAN WARISAN SUNAN KALIJAGA
ILMU KEROHANIAN WARISAN SUNAN KALIJAGA
ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN ISLAM WARISAN SUNAN KALIJAGA (GERAK FAQIR)
Terbuka kepada setiap lapisan masyarakat yang berhajat untuk memartabatkan Ilmu Haq warisan Raden Mas Syahid (Sunan Kalijaga).Para pelatih digalakkan memantapkan diri dengan :
1] Ilmu Fiqh [Ilmu Hukum-hakam Islam] di isyaratkan/dimaksudkan ISLAM
2] Ilmu Tawhid [Ilmu Usuluddin] di isyaratkan/dimaksudkan IMAN
3] Ilmu Tasawwuf/Tarikat di isyaratkan/dimaksudkan IHSAN
Sila hubungi penulis melalui talian telefon yang tertera. Penulis akan mengijazahkan para pelatih dengan amalan ini dan seterusnya membimbing para pelatih secara individu dengan amalan Gerak Persilatan (Jurus Kebatinan) dan Gerak dalam Penyembuhan Tapak Tangan (Perubatan Sunnah Nabi).
Bersama membanteras kesyirikan dalam Ilmu Persilatan dan Perubatan dengan memohon hanya kepada Allah SWT. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH HIL ALIYYIL AZIM.
TUJUH LANGKAH YANG TELAH DI SUSUN OLEH ULAMA DALAM MEMAHAMI, MELAKSANAKANNYA SERTA MENGUASAINYA DALAM GERAK YANG DATANG DARI GERAK KUDRAT DAN IRADAT ALLAH AZZA WA JALLA.
(1) Pengenalan
Seseorang Hamba adalah Faqir dimana Gerak dan Diam adalah takluk dalam Kudrat dan Iradat ALLAH. Kita hanya mempunyai kudrat memohon tetapi tiada kudrat melakukannya....walaupun hanya mahu meminun secawan air atau mengerakkan hujung jari, melainkan datangnya gerak Kudrat dan Iradat dari ALLAH. Justeru itu gerak dan jurusnya hanya dimohon kepada ALLAH.
Para pengamal Gerak Faqir yang benar pelajarannya akan memiliki kunci rahsia memohon qudrat ALLAH. Dengan kunci tersebut serta keyakinan yang benar, para ahli Gerak Fakir mampu menggunakannya dengan pelbagai hajat, samaada untuk dirinya atau membantu orang lain seperti perubatan dan lainnya.
Para pengamal Gerak Faqir wajib sentiasa Syuhudkan dirinya di dalam keFaqiran disisi ALLAH, tiada baginya Ilmu, adapun segala kehebatan dan kekuatan adalah milik ALLAH. Sesungguhnya ALLAH cinta kepada hambaNya yang merendah diri dan menyeru padaNya memohon pertolongan. ALLAH akan makbulkan segala permohonan hambaNya dalam apa jua perkara kebaikan, insya Allah.
Ahli Gerak Faqir dilarang bertuhan pada kekuatan diri, ilmu atau amal melainkan wajib melatih diri kepada Tauhid Syuhudiah atau Tauhid Wujudiah dengan segala kelebihan yang dimiliki.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH."
(petikan kalam Hikam Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari(r.a) )
(2) Mukaddimah:
GERAK FAQIR adalah latihan menfanakan diri dalam gerakan silatnya (juga semasa penyembuhan penyakit) sehingga mencapai Syuhudiah atau Wujudiah. Ia juga bermatlamat menzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dalam menundukkan segala ilmu yang batil sama ada daripada manusia, syaitan atau jin. Ia diajar secara terbuka kepada umun yang mempunyai semangat untuk memperjuangkan agama dan mempertahankan tanah air.
Para ahli Gerak Faqir terlebih dahulu diajar menguasai suatu latihan mematikan diri dan membangkitkan tenaga alam nur. Dengan jalan makrifat , para pengamal Gerak Faqir melatih dirinya denga teknik tertentu dari satu tahap ke satu tahap sehingga mereka benar-benar boleh memahami dan menguasainya. Insya Allah pada tahap tertentu , mereka mampu melakukan perkara-perkara luar biasa mengikut keperluan tanpa melalui amalan, wirid atau hizib tertentu.
Namun hal tersebut bukannya boleh dijadikan pertunjukan kerana tiada jaminan ianya boleh berlaku setiap masa, sebaliknya bergantung kepada kehendak ALLAH.
(3) Dasar-Dasar:
Asas Gerak Faqir adalah Tauhid Tasawuf. Dasar Gerak Faqir terbahagi pada tiga bahagian, iaitu:
a) Tauhid Itiqadiah
b) Tauhid Syuhudiah
c) Tauhid Wujudiah
Tauhid Itiqadiah adalah Tauhid Ilmu KeTuhanan Ahlu Sunnah Wal Jamaah aliran Asyairah dan Al-Maturudiah. Ianya telah dihurai dalam perbahasan ilmu tauhid yang dikenali dengan sifat dua puluh. Tauhid ini adalah tauhid ilmu yang mengesahkan pegangan seseorang dengan akidah Ahlu Sunnah Wa Jamaah.
Seseorang mukmin tidak sepatutnya hanya berhenti pada tauhid ini kerana mereka amat mudah tergelincir kepada iktikad muktazillah atau qadariah dalam pengamalan dan kehidupan. Ini disebabkan hati mereka terhijab dengan diri dan hukum asbab sehingga tiada wujud Tuhan, baik dari sudut perkataan dan pengamalan.
Tauhid Syuhudiah adalah tauhid yang berasaskan cahaya hati dimana hati mereka sudah tersyuhud kepada Allah dalam setiap gerak dan perlakuan. Tauhid ini menyempurnakan seorang itu dalam akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah. Tauhid ini diperolehi hasil dari amalan tareqah yang menghimpunkan zikir, mujahadah, muraqabah dan tawajuh.
Tauhid Wujudiah ialah perasaan keleburan yang tinggi sehingga fana ia daripada melihat wujud yang lain melainkan wujud Allah semata-mata. Ia adalah hasil dari latihan zikir dan musyahadah di bawah bimbingan mursyid. Sampai pada peringkat ini, maka barulah seorang itu mencapai kesempurnaan tauhid Ahlu Sunnah Wa Jamaah yang hanya melihat satu wujud saja, yakni wujud Allah semata-mata. Maka hancurlah Ananiahnya (keAkuan dirinya), tiada baginya terhijab dengan amal dan pergantungan pada asbab. Ia juga di kenali dengan Wahdatul Wujud dalam Dzauqiahnya.
(4) 3 Langkah:
Mempelajari ilmu Gerak Faqir bukan silat semata2, tapi ia adalah ilmu atau jalan Makrifah menuju pada ALLAH. Guru dan Ulama dahulu mengolah ilmu yang sesuai dengan keadaan semasa itu sehingga diberi ilham dan kekuatan untuk tujuan berjihad kejalanNya. Kaedah ilmu ini mendzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dlm menundukkan segala ilmu yang batil baik dari ilmu hitam, jin dan syaitan atau boleh digunapakai untuk ilmu perubatan dan sebagainya.
Gerak Fakir adalah gerakan yang berasaskan kepada 3 LANGKAH.
1.Niat (IRADAT)
2.Makrifat(HUBUNGAN DGN ALLAH)
3.Gerak(KUDRAT/ILMU)
Gerak Faqir adalah datang dari Gerak Allah setelah seseorang berjaya memahami ILMU mnFANAkan dirinya.
Gerak Fakir juga menjalani 4 TAHAP.
1.Mematikan diri(PENUMPUAN)
2.Gerak Silat & Gerak Tangan Untuk Penyembuhan
3.Mengetahui Gerak Musuh (zahir dan batin)
4.Kebal tubuh dari segala senjata.
Segala pelajaran 4 tahap ini bukan berdasarkan amalan, wirid atau petua tertentu tapi berdasarkan pada MAKRIFAH kepada ALLAH.
Untuk mencapai makam makrifat perlu pada ilmu TAUHID TASAWWUF. Sesungguhnya seseorang yang benar benar mencapai makrifat kepada ALLAH, dia adalah raja dunia dan akhirat. padanya akan keluar segala ilmu, hikmah dan barakah. Dalam Gerak Fakir bukan buah, bunga atau gerak tari yang menjadi ukuran, tetapi paling penting ialah ia benar-benar berada dalam GERAK ALLAH.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH"
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu Athoillah).
(5) Makrifat, Niat dan Gerak.
Makrifat adalah ilmu pengenalan dengan Allah. Seseorang itu wajib mengenal Tuhannya. Awal pengenalan dengan Tuhannya adalah dengan mengenali DIRInya sendiri. Ringkasnya pengenalan mengikut Gerak faqir adalah memahami 7 SIFAT MAANI iaitu:
1: Kudrat(kuasa)
2: Iradat(kehendak)
3: Ilmu(ilmu)
4: Hayat(hidup)
5: Sama(mendengar)
6: Basar(melihat)
7: Kalam(berkata-kata)
Ketahuilah bahawa sifat AL-HAYAT adalah ketua bagi segala sifat, manusia boleh hidup tanpa 6 sifat (melihat, mendengar, berkata-kata, ilmu, kuasa, kehendak) tetapi tanpa al-Hayat, maka manusia akan mati. NAFAS adalah dari Ruh al-Hayat.Hidup jasad dengan nafas, hidup nafas dengan sifat al-Hayat Allah.
Niat adalah gerak hati. Gerak hati adalah kuasa pilihan yang diberi oleh Allah pada setiap manusia. Setiap Gerak(IRADAT) hati akan datang kudrat Allah. Manusia (hakikatnya) tiada kudrat, segala gerak perbuatanya adalah gerak Allah(KUDRAT). Allah mengurniakan kudrat tetapi ada kudrat yang diredai dan ada kudrat yang tidak diredai-Nya.
Para pelajar Gerak Faqir wajib mendalami gerak hatinya. Gerak hati wajib dikawal oleh ilmu dan akal yang tunduk kepada wahyu. Gerak faqir adalah datang dari gerak Allah setelah para pelajar berjaya memahami ilmu mematikan dirinya. Maka setelah seorang pelajar itu benar-benar berada pada maqam tiada dirinya (fana), maka akan timbullah disana gerak Allah yang berdasarkan Kudrat, Iradat dan Ilmu-Nya mengikut apa saja niat atau permintaan.
Para pelajar Gerak faqir wajib memdalami dan memahami Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah yang telah disusun dalam pengajian Sifat 20, wajib juga memahami Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah.
Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah adalah maqam yang dikurniakan Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh berjalan kepadaNya untuk menyucikan jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh pada jalanKu, nescaya Aku buka jalan baginya".
(6) Mati sebelum mati (hakikat nafas)
Berkata Arifbillah,
Matikan dirimu sebelum kamu mati. Maka mati yang pertama itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
Ditarikkan nafas itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
Maka selepas sempurna mematikan diri yang pertama hendaklah melakukan mikraj iaitu mematikan diri peringkat kedua yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ampas iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.
Mati pada peringkat ketiga adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat Fakir, Dhaif, lemah dan hina.
Dinaikkan tanafas hingga ditempatkannya dengan sempurna di nufus dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,
"Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar.
Wallahhualam.
(7) Kaedah Pengamalan Zikir Nafas
Gerak fakir menyambung perbahasan dengan Ilmu dahulu sehingga benar benar memahami Ilmu Akidah dan perjalanan Rahsia Tajjali Allah. Tanpa kefahaman ilmu ini maka perjalanan seorang murid itu seperti orang yang mengembara tanpa peta yang tepat untuk ditujui, ibarat belayar dengan tiada mengetahui pulau mana yang mahu di tuju. Dengan itu murid mesti menguasai kefahaman Tauhid Syuhudiah Afaal di dalam sifat 20 dan juga Ilmu Martabat Tujuh yang disusun oleh para ulama Sufi untuk menjadi panduan dan mempercepatkan proses kePanaan berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kamudian murid akan ditalqinkan Zikir Nafas dan Perjalanan Rahsia Solat. Dari perjalanan maqam nafas tersebut maka guru akan membuka rahsia solat dan bagaimana mahu mencapai hakikat solat. Maka solat adalah pintu untuk membuka Makrifat Afaal atau Tauhid Afaal dan pengenalan Rahsia Diri. (Lihat: mati sebelum mati, hakikat nafas). Jika para murid itu benar benar nafasnya berada pada martabat yang dikehendaki, maka kesannya ialah boleh berlaku pergerakan anggota badan diluar kawalan dari gerak akal dan hati. Ia dapat digunakan dalam peperangan, pertempuran, perubatan atau apa juga tujuan keduniaan yang baik, namun tidak boleh di buat pertunjukan.
Kesan kekuatan dan kehebatan yang bersifat RABBANIAH itu melimpah pada mereka seperti tidak akan merasa sakit, tidak binasa, kebal, kasyaf, ilmu ladunni, dapat menembusi alam ghaib, dilihat hebat, gerun, kaseh sayang dan kadang kala rupa jasadnya dlihat muda, tua, cantik mengikut Nur yang ada manusia disisinya dengan Izin Allah. Para mursyid dahulu telah mendalamkan rahsia perjalanan nafas ini kepada para pejuang mereka untuk tujuan peperangan. Namun hal tersebut bukanlah matlamat tapi boleh digunakan dalam keadaan memerlukan sahaja. Matlamat hakiki mereka mengajar para murid kepada hakikat Makrifatullah. Wallahualam.
Available link for download
Labels:
ilmu,
kalijaga,
kerohanian,
sunan,
warisan