Monday, January 30, 2017

Iklan Pertandingan Kemahiran Malaysia PKM 2012

Iklan Pertandingan Kemahiran Malaysia PKM 2012


 

skillmalaysia

Kepada pelajar-pelajar IPTA / IPTS/Pusat Latihan Kemahiran / etc bawah 20 tahun jangan lepaskan peluang untuk memenangi sehingga RM5000.00 wang tunai (pingat emas) dalam Perandingan Kemahiran Malaysia 2012. Manakala untuk pingat perak (RM2500) dan gangsa pula (RM1500).

Antara kategori yang dipertandingkan adalah IT Software Solutions, IT Systems Network, Web Design dan Graphic Design untuk bidang kemahiran Teknologi Maklumat.

Web Design – adalah kategori merekabentuk dan membangun laman web. Ia memberi peluang kepada anda menggunakan beberapa perisian pembangunan laman web dan rekabentk grafik untuk menyiapkan laman web yang cantik dan menarik. Disamping itu anda juga perlu mempunyai kemahiran pengaturcaraan sebelah-pelayan (server-site scripting) untuk menggabungkan elemen pangkalan data dalam laman web tersebut.

IT Software Solutions – merupakan kategori yang menguji kemahiran anda dalam penggunaan aplikasi asas perkomputeran seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan perisian pembentangan.

IT Systems Network – memerlukan anda mahir dalam bidang pemasangan perkakasan komputer, menginstall perisian terlibat dan menyelenggara rangkaian.

Graphic Design – anda akan ditugaskan untuk menghasilkan pakej grafik, seperti bungkusan produk, untuk anda memperlihatkan kemahiran merekabentuk grafik kreatif.

Setiap kategori mengandungi dua peringkat; saringan dan peringkat akhir. Untuk sampai peringkat akhir, para peserta perlu memasuki saringan yang akan diumumkan kelak.

Tidak perlu bayar apa-apa, cuma gunakan kemahiran anda untuk menang dan berpeluang untuk mewakili Malaysia di peringkat dunia.

Tarikh tutup penyertaan pada 30 Januari 2012. Sila daftar di http://daftar.skillsmalaysia.gov.my/regman/events/32/registration

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://www.skillsmalaysia.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=207:iklan-dan-pendaftaran-pertandingan-kemahiran-malaysia-pkm-dan-myskills-2012-&catid=41:latest1

maklumat lengkap pertandinga kemahiran malaysia 2012


Available link for download